SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA, 42700 BANTING
Halaman Utama
Monday, 07 July 2008
MENU UTAMA
Halaman Utama
Sekapur Sirih
Organisasi
Visi dan Misi
Matlamat SKJ
Piagam
PIBG
Lagu Sekolah
LencanaSKJ
Profil SKJ
Unit Kurikulum
Unit HEM
Unit KOKU
Guru Kelas
Maklumat Guru
Hubungi Kami
Buku Pelawat
MENU PILIHAN
Lesen Memandu
PPD K.Langat
ETeMS
PIPP 2006-2010
HSP
Pekeliling
Isu PPSMI
Humor
Waktu Solat
Ramalan Cuaca
Semakan Saman
Resepi Masakan
Hadis
SMS Percuma
MOTIVASI / KAUNSELING
Cemerlang
Azam 2008
Kita Boleh!!
Mengenal Diri
Pemikiran Sihat
Jumlah Pengunjung....
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini6
mod_vvisit_counterSemalam23
mod_vvisit_counterMinggu Ini6
mod_vvisit_counterBulan Ini198
mod_vvisit_counterKeseluruhan23676
IP SAYA ADALAH....
Anda telah disambungkan ke Portal ini dengan menggunakan IP: 38.103.63.17
Silakan Masuk





Lost Password?
No account yet? Register
Statistik
OS: Linux n
PHP: 5.2.6
MySQL: 5.0.41-community-log
Time: 04:06
Caching: Disabled
GZIP: Disabled
Members: 6
News: 55
Web Links: 8
Visitors: 137280
Sembang Kosong

SK Jugra,42700 Banting, Selangor.
(68 votes)
Written by WanFuzaini   
Friday, 04 July 2008

 

SEKOLAHKU GEMILANG SENTIASA..........

..:UNTUK PAPARAN YANG LEBIH MEMUASKAN, SILA GUNAKAN:..

(MOZILLA FIREFOX WEB BROWSER)



PERKUKUH SEKOLAH KEBANGSAAN
DI Malaysia, kerajaan tidak pernah memaksa rakyat memilih sekolah kebangsaan (SK) sebagai satu-satunya tempat untuk menyekolahkan anak-anaknya.
Malah di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), setiap aliran sekolah mndapat layanan saksama.
Sebagai contoh, dalam pemilihan sekolah kecemerlangan kluster, ada kluster terpilih untuk setiap aliran.
Cuma, kita perlu memahami bahawa di Malaysia, keputusan berlaku secara pemilihan semulajadi berdasarkan meritokrasi. Walau bagaimanapun, agenda memperkasa genre sekolah itu perlu terus dijunjung kerana SK merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cintakan negara.
Pada ketika ini, sekitar 2.3 juta pelajar atau 76.3 peratus daripada sejumlah 3.1 juta pelajar sekolah rendah berada di 5,789 buah SK.
Dalam kalangan 5,789 buah SK ini, 4,036 daripadanya berada di luar bandar, 1,453 merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM), 309 merupakan Sekolah Bantuan Modal, 651 adalah sekolah dua sesi, 1,414 tidak mempunyai bekalan air awam, 768 tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan 1,988 masih belum mempunyai makmal dan bilik komputer.
Dalam RMK-9, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk memastikan SK yang terpinggir ini mendapat prasarana yang sama seperti SK yang lebih bernasib baik.
Kementerian pelajaran akan berusaha menjadikan SK lebih beraspirasi nasional, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar, membangunkan budaya sekolah yang cemerlang, meningkatkan kualiti kepimpinan, pengurusan dan guru-guru, menyeimbangkan nisbah guru dari pelbagai etnik serta meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap SK.
Sepanjang 2007, Kementerian Pelajaran mengambil langkah menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan dari semua segi.
Hal yang dilihat mencakupi prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian akademik, pencapaian ko-kurikulum, penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kualiti guru dan pengurusan sekolah.
Selain langkah yang disebutkan tadi, sebagai langkah tambahan untuk menarik minat ibu bapa bukan Melayu terhadap SK, KPM akan menyusun dan mempakejkan semula pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Usaha ini merupakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi (BCK) dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK) yang telah dilaksanakan di SK sejak tahun 2002.
Bagi mendapatkan model pelaksanaan yang terbaik, kementerian itu merintis pelaksanaan tiga model berbeza di sejumlah sekolah yang terpilih di kawasan yang kompetitif mulai tahun ini.
Sebagai langkah tambahan bagi menarik minat ibu bapa pelajar Islam pula, Kementerian Pelajaran merancang untuk memperluaskan lagi pelaksanaan pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke sebanyak 1,235 buah sekolah lagi sebagai tambahan kepada pelaksanaannya di 1,221 buah sekolah pada tahun lepas.

MEMAHAMI SEKOLAH KEBANGSAAN
1. Sekolah kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan:-
(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun;
(b) yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama;
(c)yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan
(d) kemudahan bagi pengajaran -
i) bahasa Cina atau Tamil diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan
ii) bahasa-bahasa kaum asli diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya (Akta 550).
Last Updated ( Friday, 04 July 2008 )
 
Makluman Terkini
(60 votes)
Written by WanFuzaini   
Tuesday, 03 June 2008




MELAHIRKAN MODAL INSAN


Kata Menteri Pelajaran, memang menjadi hasrat pihaknya, ingin melahirkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, berkeperibadian mulia dan setia serta sayangkan negara.

Secara lebih mendalam, beliau menggariskan perkara berikut:

1. Menjadi pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, intelek, rohani dan emosi, iaitu pelajar yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, berilmu dan berkemahiran, berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni, berkeyakinan tinggi, berketerampilan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Menjadi pekerja berkualiti yang berintegriti, mempunyai minda kelas pertama, minda teroka, kritis dan kreatif, berilmu pengetahuan luas dan sentiasa dahagakan ilmu, berkemahiran tinggi, menguasai kemahiran ICT, berfikiran terbuka, berprinsip, reflektif, sanggup mengambil risiko, mampu berkomunikasi dengan berkesan dan sentiasa sanggup ke hadapan untuk mencipta teknologi.

3. Mampu menjadi pemain global, iaitu yang berdaya saing tinggi, berdaya tahan, menguasai pelbagai bahasa, terutama bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di samping terus berpegang teguh kepada jati diri sebagai rakyat Malaysia.

4. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab, iaitu warganegara yang bersikap patriotik, berbudi, komited, adil, penyayang, sentiasa sanggup menyumbangkan bakti dan boleh menjadi pemimpin yang berkesan kepada keluarga dan masyarakat.

 
Last Updated ( Tuesday, 03 June 2008 )
 
KELUARGA SK JUGRA

     

Carian Google
Google
KALENDAR
WAKTU
PAUTAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

 

 SCHOOLNET

 

  ORACLE

 

TUTOR

 

BERITA HARIAN

 

UTUSAN MALAYSIA

 

 SINAR HARIAN

 

 

 

 

 

GEMILANG UPSR
UPSR 2008
09/09/2008
63
DAYS LEFT
19h : 53min
Apa Komen Anda?
GURU PERLU DIBERI HAK UNTUK MEROTAN?
 
SETIAP BILIK DARJAH PERLU DISEDIAKAN KOMPUTER
 
Sahkan Status Halal

Masukkan Bar Kod Produk:

Syndicate


www.mambopl.com
© 2008 SEKOLAH KEBANGSAAN JUGRA, 42700 BANTING
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

Advertisement